Taiping, Perak – Pada 1 Ogos 2023, Bengkel Kerja Pemantapan Kertas 2 Seni Visual (970/2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 (Zon Utara) telah diadakan bertempat di SMK King Edward VII, Taiping, Perak. Program ini di anjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak di undang sebagai Pakar Rujuk & Penceramah jemputan. Program ini telah berlangsung bermula jam 8.00am hingga 5.00pm dengan pelbagai pengisian seperti berkongsi maklumat pembelajaran khusus Pendidikan seni serta teknik-teknik menghasilkan lukisan yang bermutu sebagai persediaan pelajar-pelajar sekolah Zon Selatan meghadapi peperiksaan akhir STPM. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada pelajar-pelajar sekolah terpilih mengenai teori pendidikan seni visual serta teknik-teknik lukisan yang baik bermula dari asas lukisan.
Bagi program Bengkel Kerja Pemantapan Kertas 2 Seni Visual (970/2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 fasa 1, sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah yang berada di Zon Selatan bagi Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang telah melibatkan seramai 300 orang pelajar STPM.
Dalam program ini, seramai 12 orang pensyarah Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dari Jabatan Asas Seni terlibat iaitu En. Muhammad Abdullah selaku ketua program, Puan Rozarina Johari, Dr. Khayril Anwar Khairudin, En. Zainon Abdullah, En. Muh Sarip Abd Rahman, Dr. Siti Ermi Syahira Abdul Jamil, En. Ahmad Zahir Mat Zin, Puan Nurul Shima Taharuddin, En. Mohamad Hafiz Yahaya, Puan Siti Hajar Maizan, En. Nizar Nazrin, Puan Gladys Tagie, En. Hazrul Mazran Rusli.
Program ini diharapkan berterusan pada masa – masa akan datang dan jalinan kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dapat dieratkan dgn pelbagai program yang dapat meningkatkan kemahiran para murid di negeri perak.
Laporan disediakan oleh Muhammad Abdullah, Pensyarah, Jabatan Art Trivium KPSK UiTM Perak, pengarang bersama Rozarina Johari, Pensyarah Kanan, Jabatan Art Trivium KPSK UiTM Perak.