Bengkel Kajian Semula Strategik Institut Pengajian Siswazah (IPSis) bagi Pertengahan Tahun 2022

Institut Pengajian Siswazah (IPSis) telah melaksanakan kajian semula fasa dua (2022-2023) terhadap Perancangan Strategik IPSis 2022 yang bertempat di Le Grandeur , Palm Resort, Johor selama 4 hari bermula dari 27 Ogos 2022. Bengkel adalah melibatkan 21 warga IPSis yang terdiri dari Ahli Pengurusan, Penolong Pendaftar, Pegawai Eksekutif dan Penolong Pegawai Maklumat.

Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik IPSis bertujuan untuk menyemak dan menyelaras hala tuju pelan strategik IPSis 2022 yang berkaitan Key Performance Indicator (KPI) dan sasaran yang ditetapkan selari dengan dengan sasaran UiTM ke arah Globally Renowned University (GRU) 2025.

Di dalam bengkel ini, pencapaian semasa bagi aktiviti-aktiviti yang dirancang pada awal tahun 2022 bagi menjerumuskan kepada empat petunjuk prestasi utama IPSis iaitu:

1) Bilangan enrolmen pelajar antarabangsa,

2) Bilangan enrolmen pelajar Sarjana tempatan

3) Bilangan enrolmen pelajar Doktor Falsafah

4) Bilangan graduan Doktor Falsafah

Bilangan ini telah di bentangkan  oleh Ketua Pusat Pengajian Siswazah Bahagian Perancangan Strategik dan Kualiti Akademik, Profesor Madya Dr Khalilah Abdul Khalil. Setiap Ketua Pusat Pengajian Siswazah yang terdiri dari unit/jabatan Akademik, Penyelidikan, Kerja Kursus, Pembangunan Akademik, Sumber & Pelajar, Perancangan Strategik & Kualiti Akademik, Pengambilan & Kemasukkan berjaya membentangkan aktiviti-aktiviti masing-masing berdasarkan kepada objektif strategik yang telah ditentukan dari fasa 1 (2021) serta perancangan penambahbaikan bagi fasa dua (2022-2023) dan fasa tiga (2024-2025).

Bengkel berjaya ditamatkan dengan penyelarasan aktiviti-aktiviti kesemua unit/jabatan IPSis untuk fasa dua dan tiga sejajar dengan objektif strategik IPSis iaitu Pelebaran Akses Pengajian Siswazah, Menawarkan Program Akademik yang Berdaya Saing, Memastikan Sistem Pengurusan dan Perkhidmatan Berkualiti dan Melahirkan Graduan yang Berimpak.