Bengkel Indeks Daya Saing Program Akademik (IDSPA – Academic Programme Competitiveness Index)

Peserta Bengkel Pelaksanaan IDSPA

Indeks Daya Saing Program Akademik (IDSPA – Academic Programme Competitiveness Index) telah dilancarkan di Konferensi Akademik pada 30 April 2019 yang lalu.

IDSPA merupakan mekanisme pengukuran tahap kompetitif bagi memastikan sesuatu program akademik sedia ada sentiasa relevan dan mampu bersaing di persada global/antarabangsa. Sehubungan itu, bengkel pelaksanaan penggunaan mekanisme IDSPA telah diadakan dari 08 hingga 12 Julai yang melibatkan fakulti dan kampus cawangan.

Sebanyak 205 program akademik sedia ada (peringkat Diploma dan Sarjana Muda) telah diuji dengan menggunakan sistem IDSPA ini yang melibatkan lima (5) indikator iaitu:

(1) Populariti Program
(2) Enrolmen
(3) Pengajaran Berkualiti & Pengalaman Pembelajaran
(4) Kebolehpasaran Graduan
(5) Pendapatan Permulaan Graduan

Foto semasa Bengkel Pelaksanaan IDSPA berlangsung:

1
0