Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019 di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019
YB Puan Nurul Izzah Anwar merasmikan Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019

30 November 2019 – Kementerian Belia & Sukan bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dalam penganjuran Bengkel E-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament pada 30 November dan  01 Disember 2019 yang bertempat di Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Bengkel e-Sport Skill yang disertai oleh 100 orang pelajar UiTMCPP dan 50 penyertaan dari organisasi luar telah dilaksanakan melalui usahasama dari Persatuan Esport Skill. Seramai 520 orang peminat – peminat sukan ini juga telah membanjiri UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi penyertaan Mini Tournament.

 Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019

Pameran 8 booth juga mengambil tempat iaitu dari E-Sport Medica, Mr Cocan, Streamer, Racun Tech, Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis. Program ini memberi pendedahan dan peluang kepada peminat sukan elektronik yang meliputi dua elemen iaitu kerjaya dan sukan sihat.

YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh hadir merasmikan program pada 30 November 2019. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim, Rektor UiTMCPP dan YBrs. Ts. Dr. Mohd Rozaiman Aziz, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTMCPP.

Foto menarik disekitar  Bengkel E-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament :

 Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019  Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019  Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019  Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019

 Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019
YB Puan Nurul Izzah Anwar di UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019  Bengkel e-Sport Skill @ IPT dan Mini Tournament 2019

1
0