Bengkel ‘Curriculum Review, Assessment & Evaluation Workshop’ (Siri 2)

Pada 22 – 24 September 2020, Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Bengkel Curriculum Review, Assessment & Evaluation Workshop (Siri 2) di Dewan Seminar Bestari, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam.

Objektif bengkel adalah untuk memberi ruang perbincangan berkenaan Education 5.0, Future Skillsets, MQF 2.0, pembangunan, rekabentuk dan semakan kurikulum. Penerangan maklumat terkini berkaitan Education 5.0, Future Skillsets, MQF 2.0, pembangunan, rekabentuk dan semakan kurikulum.

Seramai 31 orang peserta Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Peserta terdiri daripada Fakulti Perubatan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Muzik, Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Pusat Kokurikulum.

Pengisian bengkel pada hari pertama merangkumi sesi ceramah daripada Dr. Zainuddin Ibrahim dan Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib. Sesi ceramah Education 5.0@UiTM telah disampaikan oleh Dr. Zainuddin Ibrahim. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib adalah Overview of MQF 2.0, Future Skillset dan Developing Programme Blueprint. Siri hands-on turut dilaksanakan oleh peserta serta dibantu oleh fasilitator bengkel.

Bengkel diteruskan pada hari kedua dengan sesi ceramah daripada Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad berkenaan Course Pro Forma Design – CLO Statements and CLO-PLO Mappings dan Course Pro Forma Design – Assessment & Delivery. Sesi hands-on turut dilaksanakan oleh peserta bengkel. Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya turut menyampaikan sesi taklimat SULAM@UiTM – Service Learning Malaysia – University for Society.

Bengkel diteruskan pada hari ketiga dengan sesi taklimat daripada Ts. Dr. Jurina Jaafar berkenaan Sustainable Development Goals (SDG) dan Industrial Revolution 4.0. Sesi taklimat seterusnya disampaikan oleh Ts. Dr. Noraini Seman berkenaan proses pembangunan & akreditasi program, mekanisme penilaian program: IDSPA dan High-End TVET (HETVET)@UiTM. Sesi taklimat berkenaan Future Ready Curriculum pula disampaikan oleh Prof. Dr. Shahanum Md Shah. Ini diikuti dengan taklimat ringkas daripada Prof. Madya Ts. Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa berkenaan proses semakan kurikulum dan kurikulum fleksibel. Ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh Prof. Dr. Shahanum Md Shah.

Para peserta bengkel telah menunjukkan penglibatan serta motivasi yang tinggi melalui siri perbincangan di dalam kumpulan dan siri pembentangan bagi tujuan pembangunan, rekabentuk dan semakan kurikulum program akademik supaya kurikulum program akademik sentiasa relevan, berdaya saing dan tersedia masa hadapan.