Bengkel Curriculum Review, Assessment and Evaluation Workshop (Siri 3)

Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK), Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan secara bersama Bengkel Curriculum Review, Assessment & Evaluation Workshop (Siri 3) seperti butiran berikut:

Tarikh    : 22 Oktober 2019 (Selasa) sehingga 24 Oktober 2019 (Khamis)

Tempat : Sarana 1, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Bandar Enstek.

Seramai 38 orang peserta Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Peserta terdiri daripada wakil UiTM Cawangan Sabah, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Sarawak, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Undang – Undang dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Ucapan pembukaan bengkel telah disampaikan oleh Prof. Dr. Shahanum Mohd Shah, Pengarah Unit Hal Ehwal Kurikulum. Pengisian bengkel pada hari pertama merangkumi sesi ceramah daripada Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib dan Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib adalah Overview of MQF 2.0, Future Skillset dan Developing Programme Blueprint.

Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris pula telah menyampaikan ceramah berkenaan Education 5.0@UiTM. Siri hands-on turut dilaksanakan oleh peserta bengkel. Fasilitator kumpulan turut terlibat di dalam perbincangan bersama kumpulan. Panel Penilai bagi sesi pembentangan kumpulan untuk malam hari pertama adalah Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib.

Bengkel diteruskan pada hari kedua dengan sesi ceramah daripada Tn. Hj. Mohamed Nadzri Mohd Yusoff berkenaan Course Performa Design – CLO Statements and CLO-PLO Mappings dan Course Performa Design – Assessment & Delivery. Sesi hands-on turut dilaksanakan oleh peserta bengkel. Panel Penilai bagi sesi pembentangan kumpulan pada malam hari kedua pula adalah Prof. Madya Ts. Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa.

Bengkel diteruskan pada hari hari ketiga dengan sesi taklimat jawatankuasa Noble@UiTM daripada Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamed. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa pula telah menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan semakan kurikulum.

Para peserta bengkel telah menunjukkan penglibatan serta motivasi yang tinggi melalui siri perbincangan di dalam kumpulan dan siri pembentangan bagi tujuan pembangunan, rekabentuk dan semakan kurikulum program akademik supaya kurikulum program akademik sentiasa relevan, berdaya saing dan tersedia masa hadapan.

Foto berkaitan:

0
0