Bengkel Batik Eco Printing Fakulti Pendidikan Beri Pengalaman Berbeza kepada Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES

Bengkel Batik Eco Printing Fakulti Pendidikan Beri Pengalaman Berbeza kepada Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES
Mahasiswa UNNES pelajari cara cetak batik mesra alam

Kesebelasan mahasiswa dari Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK), Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia, telah merasai sendiri pengalaman menghasilkan batik melalui kaedah mencetak berdasarkan motif dan bahan-bahan alami.

Mahasiswa UNNES ini telah menyertai Bengkel Batik Eco Printing yang dikendalikan oleh En. Sumardianshah Silah, pensyarah Jabatan Pendidikan Seni dan Senireka di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor.

Bengkel Batik Eco Printing Fakulti Pendidikan Beri Pengalaman Berbeza kepada Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES
Pengalaman mencetak batik beri pengalaman bermakna kepada peserta

Bengkel Batik Eco Printing ini merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program Community Service Project Indonesia-Malaysia berlangsung. Fakulti Pendidikan telah berperanan sebagai hos program pengantarabangsaan mobiliti inbound untuk 11 mahasiswa dan seorang pensyarah FIK UNNES.

Selain daripada program yang berpusatkan aktiviti sukan dan kecergasan, mereka turut didedahkan kepada program yang memberi penekanan kepada keindahan seni dan budaya di Malaysia.

1
0