SERI ISKANDAR, 26 Oktober 2023 – Bengkel Amalan Budaya 3R di Pejabat sempena sambutan Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2023 telah berlangsung pada 26 Oktober 2023 di Dewan Kuliah Al Khawarizmi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program yang telah mensasarkan SDG 11 dan SDG 12 ini telah dimulakan pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari yang dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Unit Pengurusan Kolej, Unit Pengurusan Kualiti, Unit Kenderaan, Polis Bantuan, Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, PJIMA, Perpustakaan, Unit Pentadbiran, Unit Sukan, Pusat Mahasiswa, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Unit Kaunseling, Pusat Islam, Unit Komunikasi Korporat, Bendahari, pensyarah-pensyarah dari Kolej Pengajian Alam Bina dan Kolej Pengajian Seni Kreatif.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit 2 Pejabat Hijau, di bawah Jawatankuasa Kampus Hijau, UiTM Cawangan Perak iaitu Sr Dr Nor Aini Salleh bagi pihak Penyelaras Kampus Hijau, UiTM Cawangan Perak. Turut hadir adalah Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Seri Iskandar, Pn Jona Hidayati Qamaruzzaman.
Aktiviti utama bengkel ini dilaksanakan dengan sesi taklimat dan demonstrasi mengenai Amalan Budaya 3R di pejabat oleh penceramah jemputan iaitu Profesor Madya Ts Dr Siti Akhtar Mahayuddin, yang merupakan pakar bidang Pengurusan Sisa Kitar Semula dan dibantu Bersama oleh Dr Noor Rizallinda Ishak. Objektif taklimat dan pembentangan menyentuh aspek kitar semula, pengasingan bahan buangan yang terdiri dari kertas, plastik dan botol serta guna semula bahan-bahan agar mematuhi prosedur yang betul dan ke arah memelihara alam sekitar. Susulan daripada taklimat dan demonstrasi dari penceramah dan fasilitator, peserta-peserta diminta untuk menjawab kuiz yang telah disediakan. Di samping itu, peserta-peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut PTJ masing-masing untuk menjalani aktiviti secara berkumpulan. Yang meliputi aktiviti Asing, Kumpul dan Lupus. Ini bertujuan untuk memastikan demonstrasi yang telah diajari diikuti melalui aktiviti berkumpulan dan di dalam masa yang sama memupuk semangat kitar semula di kalangan peserta.
Program ini telah mencapai PI UiTM iaitu PI 105 (Konservasi Air), PI 107 (Projek dan Amalan 3R) dan PI 108 (Pengurangan Pemakaian Plastik dan Kertas).
Laporan disediakan oleh: Ts Dr Farrah Rina Mohd Roshdi, Cik Shafikah Saharuddin, Sr Dr Nor Aini Salleh, Prof. Madya Dr Nur Azfahani Ahmad, Prof. Madya Dr Kharizam Ismail, Prof. Madya Sr Dr Yuhainis Abdul Talib, Dr Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman, Sr Dr Siti Jamiah Tun Jamil, Dr An Nisha Nur Welliana Abd Rased, Pn Nurhidayah Samsul Rijal dan Dr Nurul Sahida Fauzi.