Program Believe In Miracle ini telah berlangsung pada malam 24 Disember 2020, program ini juga bertujuan untuk memberi program ini dapat membantu pelajar dalam menceburi dalam pelbagai bidang kelak untuk merealisasikan impian yang diinginkan. Dalam masa yang sama, medium bagi pengisian program ini akan berlangsung secara siaran langsung. Topik yang akan difokuskan adalah berunsurkan ilmiah dan rohani. Kesemua topik ini bersesuaian dengan isu-isu yang sering dikaitkan dalam kalangan para pelajar.Terdapat seramai 94 orang pelajar yang telah menyertai program Believe In Miracle ini yang dibawahan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine,UiTM Kampus Puncak Perdana. Inspirasi program ini adalah daripada isu pandemic yang telah berlaku.Perkara ini telah menjejaskan setiap sektor termasuk dalam pendidikan,ramai mahsiswa/I yang memberi perkongsian yang sukar tentang cara pembelajaran yang baharu iaitu ODL (Online Distancing Learning).
Pihak Jawatakuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine telah menganjurkan program ini untuk membantu pelajar dengan menjemput seorang panel istimewa iaitu Puan Rosdiana Binti Saharum untuk menjayakan program ini.Beliau merupakan seorang pensyarah kaunseling dan juga penyelaras program pengajian asasi di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).Pada waktu bersiaran langsung berlangsung di akaun rasmi Instagram Kolej Jasmine ,sekitar 100 orang penonton yang terdiri daripada pelajar UiTM, Pelajar USAS ,Pensyarah dan juga orang awam.Antara topik yang dikongsi adalah cara untuk menangani masalah ketika belajar ,bagaimana untuk mendapatkan motivasi agar tidak berputus asa dan beberapa topik yang berkenaan.Selain itu, panel jemputan juga menjawab semua soalan yang diberikan oleh pelajar melalui sesi Question and Anwser (Q&A) berkenaan tentang ilmiah.
Menurut pengarah program, saudari Nur Sahirah Binti Mokrey bersama penasihat program iaitu YM Raja Aminah Binti Raja Ayob bersama dengan ahli jawatankuasa program Believe In Miracle yakin bahawa program ini dapat membantu serba sedikit yang bermotivasi kepada setiap pelajar yang menyertai nya. Jika anda mempunyai kemahuan untuk mendapatkan sesuatu, anda akan mencari pelbagai cara untuk mendapatkannya.