Beeswax Wrap: Pelajar UiTMCPP Bersama Komuniti Menghasilkan Inovasi Alternatif Plastik Pakai Buang

Satu program BEESWAX WRAP anjuran pelajar-pelajar persatuan mahasiswa kejuruteraan kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama komuniti setempat di Kubang Menerong telah diadakan pada pada 2 Julai 2022, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan serbaguna MPKK Kubang Menerong, Seberang Perai Utara (SPT), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers).

Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development goals (SDG2020) khususnya SDG#8 (good jobs & economic growth). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudara Aiman A.Aladin manakala penasihat program ialah Ts Mohamed Syazwan Bin Osman.

Program ini telah disertai oleh oleh 7 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 20 orang wanita yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut bekerjasama dengan MPKK Kubang Menerong yang diketuai En Abdullah dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) dan Pusat Khidmat Adun Pinang Tunggal yang membantu mengenalpasti surirumah dan wanita yang terdiri dari golongan asnaf. Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi.

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk komuniti didedahkan dengan teknik inovatif pembuatan alternatif plastik iaitu menggunakan kain-kain terbuang yang diproses dengan lilin dari lebah (beeswax). kain-kain ini boleh digunakan sebagai pengganti kepada plastik guna semula untuk membalut makanan. peserta juga turut didedahkan dengan kaedah pemasaran produk dan pendaftaran perniagaan dengan SSM.

Peserta program dapat mempelajari kaedah dan tips terbaik dalam penghasilan serta penggunaan produk pengganti kepada plastik pakai buang yang dapat melestarikan alam sekitar sekaligus menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai buang. Adalah diharapkan melalui program ini dapat dapat memperkasa jaringan UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu (Knowledge transfer Program).