PUNCAK ALAM, 21 Mei 2024 – “Be Creative @CBE: An Industrial Talk with COOHOM & IPO”. Program Industry & Alumni Engagement Session’ anjuran Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) Kolej Pengajian Alam Bina telah diadakan pada 21hb Mei 2024 (Selasa) pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang di Dewan Kuliah 1, Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Puncak Alam. Program ini telah diadakan secara fizikal yang dihadiri oleh 100 orang mahasiswa mahasiswi dan beberapa orang Alumni UiTM. Program ini terbahagi kepada dua slot, iaitu perkongsian daripada Pengurus Besar Initial Public Offering (IPO) iaitu Encik Lee See Yen dan kemudiannya oleh Pengurus Jualan COOHOM, iaitu Julie James. Turut hadir semasa program Industry & Alumni Engagement ini ialah tetamu undangan Dr. Ahmad Shah Pakeer Mohamed (Ketua Jaringan Industri, ICAN, UiTM). Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa mahasiswi di Kolej Pengajian Alam Bina untuk meningkatkan nilai tambah serta mendapatkan ilmu yang membolehkan mereka menggunakan cara kerja yang terbukti meningkatkan kecekapan dan keintelektualan. COOHOM ini merupakan satu platform visualisasi 3D & reka bentuk dalaman yang terkemuka di industri yang membolehkan syarikat dan pereka membuat pelan lantai 3D dengan mudah dan cepat.
Program ini juga memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu, dalam pembangunan modal insan, pembinaan yang merangkumi teknologi pembinaan dan kualiti, keselamatan dan alat penilaian mampan. Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan membangunkan daya keintelektualan serta kemahiran insaniah pelajar agar mampu menjadi bakal graduan yang berdaya saing serta berhemah tinggi selain dapat untuk mengeratkan silaturahim antara para pelajar itu sendiri.
Terima kasih diucapkan kepada Professor Dr. Muhammad Hussain Ismail (Pengarah Pusat Jaringan Industri), Profesor Madya Dr. Yusfida Ayu Abdullah @ Mohd Zain (Dekan ICAN Kolej Pengajian Alam Bina), Ts. Dr. Abu Bakar bin Abd Hamid (Koordinator ICAN UiTM Cawangan Selangor), Nur Idzhainee Hashim (Koordinator Industri), Dr. Har Einur Baharuddin (Koordinator Komuniti), Dr. Salina Mohamed Ali (Koordinator Alumni) dan Norzaihan Mad Zin (Pensyarah Senibina Dalaman) dalam menjayakan program ini. Insya-Allah program ini memberi peluang dan jaringan kepada pelajar untuk latihan industri dan peluang pekerjaan pada masa akan datang.