Basic Well Control

Kursus ‘Basic Well Control” anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia telah dijalankan di Makmal Simulator Penggerudian, Loji Pandu UiTM Shah Alam pada 20 hingga 21 Februari 2019.  Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai “Basic Well Control” sebagai pendedahan dan persediaan kepada dunia pekerjaan yang berkaitan dengan penggerudian dalam industri minyak dan gas.  Model peralatan yang digunakan sepanjang kursus ini adalah “Drilling Simulator DS-20FS / W/P”.

Sepanjang kursus ini dijalankan peserta telah didedahkan mengenai Drilling Rig System, Origin of Pressure, Primary Well Control, Causes of Kick, Blow out Prevention and Well Control Equipment, Kick Warning and Sign, Well Control Method dan Hands on Simulation Training and Assessment. Penceramah dan fasilitator terdiri daripada tenaga kerja Fakulti Kejuruteraan Kimia iaitu Puan Arina bt Sauki, Encik Nik Khairul Irfan b Nik Ab Lah dan Mohd Rizuan Mohd Razlan.  Program ini akan diteruskan pada masa akan datang dimana mendapat keperluan daripada pihak Industri untuk menghadiri dimasa hadapan.

1
0