Bantu Pelajar PhD GoT!

NILAI 20 Feb. – Seramai 23 pelajar PhD Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM mendapat bantuan dan bimbingan khusus daripada fasilitator Pusat Pengajian Pascasiswazah dalam mengemaskini dan menyiapkan penulisan tesis PhD masing-masing.

Bengkel yang bertemakan PhD Write Up Camp siri ke-2 ini telah diadakan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Februari di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Bandar Enstek.

Menurut Koordinator Program Penyelidikan, Dr. Zaharah Mohd Yusoff, selain membimbing dalam penulisan secara efektif, inisiatif ini juga memberi ruang kepada pelajar berbincang dua hala dengan fasiliator mengikut bidang masing-masing.

Bengkel ini menunjukkan kesungguhan pihak fakulti dalam membantu pelajar PhD untuk menyiapkan tesis pelajar dalam tempoh yang ditetapkan atau Graduate on Time (GoT) selaras dengan aspirasi Dekan Fakulti untuk mencapai bilangan pelajar bergraduat dengan PhD.

Fakulti ada menawarkan pelbagai bidang dalam alam bina dan mengalukan-alukan calon yang berkelayakan untuk mengikuti bidang-bidang yang ditawarkan ini dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari https://fspu.uitm.edu.my/v3/. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/bantu-pelajar-phd-got-1.844777#ixzz5g3MFiy67
¬© Utusan Melayu (M) Bhd 

0
0