Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 UiTM

Barisan Pengurusan UiTM yang terlibat dalam Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 UiTM

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 oleh pihak Lloyd’s Register telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu 1 – 2 Julai 2019. Audit memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan dan hasil keberkesanan pelaksanaan proses dan fungsi utama PTJ di bawah aktiviti teras pembangungan akademik universiti awam.

Sesi bagi hari pertama telah dilaksanakan dengan jayanya oleh dua orang penilai iaitu Encik Mohd Ramli Mohd Daud bersama dengan Encik Muhammad Firdaus Anson dan Encik Shahrul Nizam Husin pula pada sesi kedua.

Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM manakala Wakil Pengurusan UiTM iaitu YBhg. Prof.Ts. Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah membentangkan hasil Pencapaian Objektif Kualiti UiTM.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh hampir ke semua ahli pengurusan tertinggi UiTM dan Pengurusan Kanan Universiti. Audit Pensijilan Semula ini diselia oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Foto berkaitan:

0
0