ASCAR Innovation Competition (AIC) Anjuran BEVA Berjaya Mempamerkan 27 Idea Inovasi Pelajar FSPPP

SEREMBAN,16 Mei 2024 – Persatuan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) bersama-sama pihak Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menganjurkan program “ASCAR Innovation Competition (AIC)” yang telah dijalankan pada 16 Mei 2024 di Lobi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Seremban. Program tersebut dilaksanakan bagi memenuhi pengisian minggu Administrative Science Carnival (ASCAR) 2024 sempena Week Without Wall (WWW) FSPPP. Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan pelajar UiTM yang inovatif, kreatif dan berfikiran kritis dengan mewujudkan idea reka cipta berteraskan konsep Sustainable Development Goals (SDG) dan berpotensi untuk diangkat ke platform yang lebih tinggi.

Seramai 12 orang pensyarah dan 175 pelajar FSPPP telah menyertai pertandingan inovasi tersebut melalui 27 produk inovasi yang dipamerkan bertemakan “Sustainable Solutions Towards Environmental Sustainability”. Menurut ketua projek program ini, Saudari Siti Najihah Binti Mohammad ‘Azmi, keunikan program inovasi anjuran persatuan BEVA adalah para peserta berpeluang menyerlahkan bakat inovasi mereka melalui penghasilan produk yang bertemakan kelestarian alam sekitar. Penyertaan di dalam pertandingan ini adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus EVA410 (Principles of Ecology), ADS557 (Innovation Management) dan turut terbuka kepada pelajar FSPPP yang lain. Disamping itu, program ini juga telah memberikan pendedahan kepada para pengunjung untuk mengenalpasti idea-idea baharu yang berpotensi untuk dipasarkan bagi memastikan kemampanan alam sekitar. Pertandingan AIC 2024 telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Saudari Mimi Rakinah Aliah Binti Rahim dan dibimbing oleh Dr. Shawal Sahid Hamid @ Hussain melalui produk mereka bertajuk Get To K.N.O.W the 17 Goals?

Program AIC 2024 juga telah mendapat tajaan dari pihak Mokaz It Services yang telah menaja 6 unit hamper sebagai hadiah utama pertandingan. Secara keseluruhannya, program ini telah memenuhi keperluan dua SDG yang utama iaitu, SDG4 (Quality Education) dan SDG9 (Industry, Innovation and Infrastructure). Program ini juga menepati pencapaian PI029 (Number of Leadership Programmes), PI037 (Number of Sudents Involved in Invention and Innovation Activities) serta PI MASMED (Program Inovasi) dalam melahirkan pelajar yang terlibat dalam IID keusahawanan. Namun yang paling penting, program ini telah berjaya mewujudkan kesedaran dikalangan warga fakulti untuk sama-sama berinovasi dalam mendapatkan solusi kepada permasalahan alam sekitar yang semakin meruncing pada masa kini.