Asal Usul Sarawak : 6 Negeri Yang Hilang bersempena Pelancaran Hari Literasi PTAR 2019

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak  telah mengadakan satu ceramah khas sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta bersempena dengan Pelancaran Hari Literasi PTAR 2019 yang bertajuk : Asal Usul Sarawak, 6 Negeri yang Hilang bertempat di Perpustakaan Tun abdul Razak (PTAR) Kampus Samarahan 2 pada 12 September 2019.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Datu Dr Sanib Hj. Said, mantan Pengarah Muzium Negeri Sarawak dan juga merupakan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Beliau merupakan sejarahwan  Sarawak yang tidak asing lagi  merujuk kepada sejarah Negeri Sarawak.

Ceramah telah disampaikan oleh Datu Dr Sanib Hj. Said

Sejurus selepas program tersebut, YBhg Datu Dr Sanib telah berkesempatan melawat sekitar Galeri Islam Nusantara yang terletak di dalam PTAR Kampus Samarahan 2.

Beliau juga berkesempatan untuk meraikan Hari Literasi PTAR 2019 , kempen membaca Read@Uni dan Session with Author  dimana beliau turut menandatangani bukunya yang dibeli oleh PTAR pada tahun 1987.

Selain itu, para pelajar juga terlibat pertandingan kuiz berdasarkan pameran kemerdekaan daripada ANM dan Galeri Islam Nusantara.

Foto berkaitan:

0
0