ARDUINO SHOWCASE 2022

Unit Sains Komputer, UiTM Pusat Asasi telah berjaya menganjurkan sebuah program yang melibatkan pelbagai aktiviti berkaitan Arduino pada 5 November 2022. Program ini adalah atas usaha para pensyarah Unit Sains Komputer dibantu oleh sukarelawan pelajar daripada Asasi Kejuruteraan dan Asasi Undang-Undang. Tiga siri ceramah oleh pakar daripada industri telah berlangsung yang melibatkan lebih 500 orang pelajar Asasi Kejuruteraan.

Ceramah yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknologi Arduino dalam kehidupan seharian ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada para pelajar. Selain itu, program Arduino Showcase 2022 juga menganjurkan satu pertandingan yang melibatkan 30 kumpulan pelajar yang terpilih.Pertandingan diadili oleh 15 orang juri jemputan daripada industri, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

3 kumpulan telah dinobatkan sebagai pemenang pada pertandingan ini berdasarkan penilaian para juri. Pemenang tempat pertama telah menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM200.00 berserta hamper, diikuti tempat kedua dengan RM150.00 berserta hamper dan tempat ketiga dengan RM100.00 berserta hamper.
Pihak penganjur mengharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.