APB Berkongsi, PPT Disantun Lagi

Menginjak ke minggu ketiga Ramadan bersamaan 21 April 2022 (Khamis), pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) sekali lagi bermurah hati menyantuni pelajar-pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTMCJ dengan menyumbangkan juadah berbuka puasa.

Keterujaan para pelajar menyambut pemberian juadah berbuka disaksikan sendiri oleh Koordinator PPT, Puan Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar yang bertindak menguruskan pembelian dan penghantaran juadah tersebut ke kolej kediaman masing-masing.

Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut pelajar-pelajar menandakan rasa syukur mereka atas sumbangan yang diberikan.

Semoga usaha murni ini menjadi ikutan semua dan memangkin semangat para pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa.