Anugerah Akademik Fakulti 2019 (AAF19) anjuran Persatuan Akademik Diploma Fakulti Pengurusan Maklumat (IMAGE) selari dengan IR 4.0 serlah Kecemerlangan Pelajar

Persatuan Diploma Fakulti Pengurusan Maklumat (IMAGE) bersama Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat

18 November 2019 – Persatuan Diploma Fakulti Pengurusan Maklumat (IMAGE), Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah berjaya menganjurkan satu majlis yang gilang gemilang iaitu Majlis Anugerah Akademik Fakulti 2019 (AAF19) untuk mahasiswa dan mahasiswi Diploma Fakulti Pengurusan Maklumat yang telah mendapat CGPA 3.50 dan keatas pada semester yang terdahulu. Majlis ini telah dilaksanakan pada 18 November 2019 bertempat di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan diatas usaha dan kejayaan mahasisawa yang telah mendapat CGPA 3.50 dan keatas. Selain itu ia juga untuk menjadikan inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiwi yang lain dan meningkatkan persaingan yang baik antara pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di masa akan datang.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Dr. Sohaimi Zakaria selaku Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, yang bertindak selaku tetamu kehormat serta perasmi kepada AAF19. Dalam ucapan perasmian beliau, Yang Berbahagia Prof Dr. Sohaimi Zakaria mengucapkan tahniah kepada kesemua 138 penerima anugerah dekan serta empat orang pelajar yang mendapat anugerah khas iaitu bagi Kategori Anugerah Pelajar Terbaik (APT).

Selain itu, beliau juga menyeru agar warga Fakulti Pengurusan Maklumat untuk lebih menyerlah dalam penghasilan penyelidikan bermutu tinggi, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti inovasi, serta penekanan kepada aktiviti pertukaran pelajar antarabangsa, disamping kerjasama dengan universiti-universiti yang terlibat dalam iSchool.

Dalam AFF19, seramai 138 orang mahasiswa Semester 1 hingga Semester 4 dari Sesi Mac – Julai 2019 telah mendapat anugerah dekan dan empat orang daripada Semester 4 telah dicalonkan untuk Anugerah Pelajar Terbaik (APT). Anugerah Pelajar Terbaik ini telah mendapat tajaan daripada Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

Anugerah yang diberikan adalah Anugerah Emas KBMC, Anugerah Perak KBMC, serta Anugerah Gangsa KBMC. Anugerah Emas KBMC telah berjaya dimenangi oleh Cik Nur Mazidah Saiful Muluk, manakala Anugerah Perak KBMC dimenangi oleh Cik Nur Athirah Mahayudin. Bagi Anugerah Gangsa KBMC pula dimenangi oleh Cik Nur Syafiqah Mazlizaman dan Cik Nureen Ainsya Zahari. Kesemua pemenang menerima piala sumbangan KBMC serta sijil penghargaan daripada Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat.

Selain itu, IMAGE selaku penganjur utama AAF19 juga menyahut cabaran revolusi perindustrian 4.0 dengan memperkenalkan teknologi pengimbas kod bar atau ‘barcode scanner’ untuk mengesahkan kehadiran mahasiswa/mahasiswi, pensyarah, serta tetamu-tetamu jemputan VIP.

Aplikasi yang diberi nama ‘Event Monitoring’ atau EMON ini mempercepatkan proses pendaftaran pengguna, penghasilan statistik kehadiran secara nyata, serta mengurangkan pengunaan kertas, justeru menyokong kepada teknologi hijau.

Selain itu, ia juga membantu pengurusan majlis dimana ia mengelakkan pembaziran makanan kerana jumlah pelajar yang hadir boleh ditentukan secara terus dan ia membolehkan penganjur untuka mengagihkan lebihan makanan kepada para pelajar berdasarkan kepada senarai yang disediakan melalui aplikasi EMON.

program ‘Health Screening’ secara percuma kepada semua warga UiTM Kampus Machang

Untuk lebih memeriahkan lagi majlis AAF19, Kota Bharu Medical Centre (KBMC) selaku penaja utama juga telah menjalankan program ‘Health Screening’ secara percuma kepada semua warga UiTM Kampus Machang termasuk kakitangan, pensyarah, dan pelajar pada waktu yang sama di Foyer Blok D UiTM Kampus Machang. Program yang diadakan selama setengah hari itu menarik minat kebanyakan warga kampus kerana ia disediakan secara percuma.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Hj Ghazali Osman, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat, Puan Nur Shaliza Sapiai, Penyelaras Program IM245, Puan Nor Erlissa Abd Aziz, Penyelaras Program IM110, Puan Siti Aswani Mohd Ghazali dan barisan pensyarah dan mahasiswa yang hadir, serta ahli jawatankuasa IMAGE yang menganjurkan majlis. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KBMC di atas kesudian untuk menaja anugerah APT bagi semester ini.

Maklumat lanjut boleh dilayari dilaman berikut:

Foto berkaitan:

1
0