Antologi dari Akademi Pengajian Bahasa

Telah terbit sebuah antologi baru dari Akademi Pengajian Bahasa untuk tatapan para pencinta pendidikan. Kompilasi nukilan yang bertajuk From The Classroom: Narratives of Language Teaching adalah cetusan idea dari Dekan Akademi Pengajian Bahasa, Prof. Madya Dr. Ahmad Mazli Bin Muhammad.

Dekan APB bersama sidang editor yang terdiri dari 3 Pensyarah baru iaitu Encik Zachariah, Puan Maisarah, dan Cik Jo Amir Johan, telah berjaya mengumpul 22 nukilan dari para pensyarah Akademi Pengajian Bahasa mengenai pengalaman manis dan lucu, gelagat pelajar di kelas dan teknik mengajar yang mencuit hati yang mereka lalui sepanjang karier mereka dan disimpan sebagai kenangan.

Nukilan-nukilan itu dikongsikan oleh para pensyarah bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Korea, Japun, Arab, Itali dan French dan dijilidkan di dalam antologi jilid pertama itu. Semoga antologi ini dapat mengimbau kembali nostalgia para pensyarah bersama pelajar-pelajar setelah sekian lama di dunia pendidikan.

0
0