Amanat Naib Canselor UiTM 2025 Memperkukuh Aspirasi Menuju Universiti Terkemuka Dunia

SHAH ALAM, 17JAN 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyaksikan Naib Canselor, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin menyampaikan Amanat Naib Canselor 2025 pada 15 Januari2025, yang memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam mencapai aspirasi universiti untuk menjadi ‘Universiti Terkemuka Dunia’ (Globally Renowned University). Amanat tersebut memberi penekanan kepada usaha UiTM untuk menerajui pembangunan profesional Bumiputera yang kompeten, dinamik, dan berdaya saing melalui tiga teras strategik dan sembilan tema utama UiTM2025. Naib Canselor turut menekankan nilai teras universiti – Usaha, Takwa, Mulia – yang menjadi panduan dalam usaha universiti mencapai kecemerlangan.

Tahun 2025 menandakan fasa peralihan bagi Pelan Strategik UiTM2030. UiTM akan memetakan perancangan strategik selari dengan Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi 2025 dan 10 Lonjakan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM 2025-2035). Amanat Naib Canselor menekankan 3 Teras Strategik dan 9 Tema Strategik UiTM 2025, termasuk Penyediaan bakat terbaik negara,Kewibawaan akademia dan warga kampus, Pemindahan dan perkongsian ilmu, Pengantarabangsaan pendidikan tinggi ,Governan dan kepimpinan university ,Kemampanan kewangan IPT dan Infrastruktur, digital, dan kesejahteraan kampus.

UiTM telah menetapkan 21 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk tahun 2025, termasuk Pengakreditasian program oleh badan profesional (140 program), Nisbah penerbitan berindeks seperti Scopus, WoS, dan ERA (1:1.3) dan Penjanaan pendapatan universiti (RM478 juta). Selain itu, UiTM juga menggalakkan inisiatif seperti Eco-Tourism di kampus, memperkukuh jentera universiti melalui pemantapan tadbir urus, Program kesihatan seperti ‘KPT SIHAT: 10,000 Langkah’ bagi mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti dan memperkasakan staf dengan semakan semula syarat kenaikan pangkat.

Melalui fokus strategik ini, UiTM optimis untuk menjadi peneraju dalam melahirkan generasi mahasiswa yang beretika, cintakan negara, dan mampu bersaing di peringkat global. Amanat ini menjadi pemangkin kepada usaha mencapai matlamat UiTM2030, memastikan kesinambungan kecemerlangan universiti selama satu dekad akan datang. Naib Canselor menegaskan komitmen UiTM dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi secara proaktif, melangkaui angka-angka dalam penarafan universiti. “Apa yang lebih penting adalah impak positif yang kita mampu hasilkan kepada masyarakat dan negara,” ujar beliau.

Amanat ini menjadi pemangkin kepada usaha UiTM untuk mencapai matlamat UiTM2030, memastikan kesinambungan kecemerlangan selama satu dekad akan datang.