Alumni on Spotlight & UiTM Living Lab Pertama di Kundasang, Sabah

26 Mac 2022 (Sabtu) | Naib Canselor, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor telah mengadakan lawatan ke Kundasang bagi melancarkan projek agrotani komuniti Kundasang iaitu program pembangunan UiTM bersama rakan indstri dan alumni yang bertempat di Kundasang Guest House. Kedatangan YBhg. Naib Canselor di sambut mesra oleh Encik Japiril Suhaimin (Alumni UiTM) bersama para usahawan tempatan bimbingan beliau.

Dalam majlis pelancaran tersebut, YBhg. Naib Canselor telah berbesar hati mengumumkan UiTM Living Lab pertama di Kundasang yang akan diterajui oleh YBhg. Rektor UiTM Cawangan Sabah sebagai tanda kolaborasi akademia-alumni-komuniti ke arah mencapai 17 matlamat global (SDGs) seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam majlis tersebut, En Japiril Suhaimin telah diumumkan sebagai Alumni on Spotlight UiTM Cawangan Sabah sebagai satu pengiktirafan kepada alumni UiTM. Beliau yang berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam (1985), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam (1988) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2004) dari UiTM mengusahakan perniagaan dalam sektor pelancongan, hospitaliti, pembinaan, restoran dan pertanian. Disamping itu, En Japiril juga telah mewujudkan peluang perniagaan dalam perusahannya dan melahirkan usahawan-usahawan tempatan Kundasang menerusi program latihan dan perkongsian ilmu inisiatif beliau.

YBhg. Naib Canselor telah berkesempatan menemui usahawan-usahawan tempatan yang menyertai program tersebut dan berpeluang mencuba produk pengusaha tempatan seperti Kopi Apai Ranau yang diusahakan oleh Puan Barbara Bongkok. Setelah selesai majlis pelancaran, YBhg. Naib Canselor telah mengikuti lawatan ke Mesilou Highland Farm & Berries Residence yang dimiliki oleh Puan Aina K Alias. Destinasi terakhir lawatan YBhg. Naib Canselor ke Kundasang adalah ke Desa Dairy Farm iaitu salah satu destinasi pelancongan utama di Sabah yang berlatarbelakang pemandangan Gunung Kinabalu.