Aktiviti Cakna Bahagian Hal Ehwal Akademik

Aktiviti ini telah bermula 2019 dengan wakaf almari lupus bernilai RM10.00 seunit hasil wakaf oleh kakitangan akademik. Idea tercetus oleh mantan Timbalan Rektor Akademik; PM Dr. Zakaria Mat Arof dan turut disokong oleh Timbalan Rektor Akademik; Prof Ts. Dr Mohd Azlan Mohd Ishak. Mantan Rektor; Prof Hj. Khudzir Hj. Ismail dan Rektor; PM Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi juga menyokong aktiviti sehingga semua almari berjumlah 90 unit selesai dihantar ke lokasi yang dikenalpasti.

Pada awalnya, aktiviti ini tertangguh apabila mendapati almari tersebut perlu diletakkan papan nipis untuk dinding belakang dan tiada permintaan tempat wakaf sekitar Perlis. Walaubagaimanapun, hasil inisiatif pelajar Fakulti Sains Gunaan diketuai oleh Dr Sharizal Hasan telah menjalankan kutipan wakaf sebanyak RM1,000.00 bagi pembelian papan nipis untuk membaik pulih 40 unit almari tersebut. Papan nipis yang dibeli telah dipotong mengikut ukuran almari oleh Encik Zulkifli bin Abu Seman, Tukang Kanan di Bahagian Pengurusan Fasiliti.

40 Unit almari telah disempurnakan penghantaran Siri 1 dan Siri 2 manakala baki 55 unit bermodalkan sumbangan wakaf sebanyak RM1,134.00 dapat disempurnakan dalam siri 3, 4 dan 5 seterusnya penutup aktiviti wakaf almari bagi tahun 2021.