Bandar Jengka, 30 April 2022 – Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang, membantu penyelarasan agihan sumbangan tahunan Yayasan Ikram Malaysia Negeri Pahang (I-Bantu Pahang) yang diadakan secara tahunan di UiTM Cawangan Pahang.
Penerima adalah terdiri daripada pekerja-pekerja pembersihan di UiTM Pahang, Kampus Jengka yang di dalam kategori asnaf. Penerima menerima barang keperluan berjumlah RM30 beserta wang tunai rm50 setiap seorang.
Program seumpama ini dilihat dapat membantu komuniti terutama kepada golongan asnaf serta mengalakkan warga UiTM Cawangan Pahang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti amal. Ianya sejajar dengan SDG 1 Tiada Kemiskinan, SDG 2 Kelaparan Sifar dan SDG 10 Mengurangkan Ketidaksamaan seperti digariskan oleh Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Inggeris: Sustainable Development Goals, SDGs) yang terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Meskipun situasi pandemik Covid-19 masih lagi menjadikan kebimbangan, namun program berskala kecil dan hanya tertumpu kepada komuniti dalaman berjaya dilaksanakan dengan jayanya.