Adobe Day Beri Pendedahan Lanjut Kepada Staf

 

 

SHAH ALAM – Adobe Day telah berlangsung pada 22 Mac 2018 di Smart Classroom 5, Aras 4 Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), UiTM, Shah Alam di mana seramai 34 orang peserta telah menyertai program anjuran Jabatan Infostruktur.  Nelson John yang merupakan Perunding Kanan Penyelesaian Adobe telah mengendalikan bengkel aplikasi – aplikasi Adobe dan kaedah penggunaannya khusus buat para peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.  Walaupun program yang agak padat memandangkan ia hanya diadakan dari pagi hingga tengahari namun para peserta berpeluang mendapat pendedahan lanjut dan ia memberi impak dan pencerahan berguna kepada peserta yang terlibat menerusi perkongsian ilmu dan kepakaran idea.

0
0