Apakah 'Error #-200: HTTP Error'?
Ralat Error #-200 merujuk kepada penggunaan rangkaian WiFi atau capaian internet selain daripada rangkaian rasmi yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mengapakah artikel berita saya ditolak?
Berikut adalah alasan penolakan artikel berita:
-
Artikel berita yang dihantar melebihi tempoh dua (2) bulan daripada tarikh program dilaksanakan, atau telah menghampiri tempoh dua (2) bulan, kerana proses semakan memerlukan 7 hingga 14 hari bekerja, yang boleh menyebabkan penerbitan artikel melebihi tempoh yang ditetapkan.
-
Artikel yang ditulis oleh individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut, sama ada sebagai penceramah, individu yang ditemu bual, atau watak utama program.
-
Artikel berkaitan kemenangan pertandingan atau penyertaan, kecuali bagi anugerah utama atau hadiah tempat pertama.
-
Artikel berkaitan aktiviti dalaman pelajar yang tidak melibatkan penyertaan atau impak kepada komuniti luar.
-
Maklumat terlampau ringkas / tiada maklumat yang berkaitan program yang dijalankan
Siapakah yang boleh menghantar berita?
Seluruh warga UiTM dibenarkan untuk menghantar berita menggunakan akses e-mel rasmi UiTM sahaja.
Berapakah lama tempoh penerbitan artikel berita?
Tempoh penerbitan, termasuk proses semakan, mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut mungkin bertambah bergantung kepada bilangan artikel berita yang diterima pada sesuatu masa.
Adakah dibenarkan untuk membuat rayuan selepas artikel berita ditolak?
Tidak. Hal ini kerana telah dinyatakan di dalam penafian semasa penghantaran berita dibuat yang mana;
‘Sidang redaksi mempunyai hak untuk tidak menyiarkan berita jika tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan’
Adakah dibenarkan membuat pembetulan kepada artikel berita yang telah disiarkan?
Ya, sebarang pembetulan hanya boleh dibuat melalui permohonan rasmi, iaitu dengan menghantar e-mel kepada pihak sidang redaksi. Permohonan tersebut akan dimasukkan ke dalam giliran semakan semula bersama artikel berita lain dan tiada keutamaan akan diberikan.
Nota: Perkara ini hanya terpakai bagi artikel berita yang telah diterbitkan.”
Mengapakah nama penulis yang dimasukkan tidak disertakan daripada artikel berita?
Hanya seorang (1) penulis dibenarkan bagi setiap penerbitan di UiTM News Hub. Walau bagaimanapun, bagi artikel berita yang dihantar oleh wakil PTJ, nama penulis dibenarkan untuk dinyatakan di bahagian bawah artikel berita.
Mengapakah tiada menu 'Penghantaran Berita'?
Menu ‘Penghantaran Berita’ akan dinyahaktifkan pada setiap hari Jumaat, selaras dengan pemakluman e-mel yang telah dihantar kepada warga UiTM pada 3 November 2025 bertajuk ‘PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA AKSES PENGHANTARAN UiTM NEWS HUB PADA SETIAP HARI JUMAAT’, bagi tujuan penyelarasan kandungan mingguan.
Bagaimanakah cara untuk menghubungi pentadbir UiTM News Hub?
Platform utama untuk menghubungi pihak pentadbir adalah melalui WhatsApp rasmi menggunakan pautan yang disediakan di laman UiTM News Hub atau melalui https://wasap.my/+60355442051.
