JASIN, 21 April 2025 – Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin, terus memperkukuh Agendanya untuk Transformasi dan Pemerkasaan Agroteknologi @ Komuniti Tahun 2025 dengan mengadakan Program Misi Akademik kepada sekolah-sekolah di Daerah Jasin.
Program yang berlangsung pada 26 Februari 2025 di Auditorium, Blok Kuliah UiTM Jasin ini menyasarkan para Pengetua dan Guru Besar dari 43 buah Sekolah Rendah dan Menengah di peringkat Daerah Jasin, Melaka.
Program Misi Akademik ini diadakan secara kolaborasi pintar dengan “Program Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Khas Daerah Jasin 2024” yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Melaka, YBrs. Mohd Yusof Bin Said.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri yang menjalankan fungsi Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Fazleen Abdul Fatah, berkongsi maklumat mengenai peranan dan keberadaan fakulti kepada para hadirin.
Sesi Taklimat Misi Akademik Fakulti Perladangan dan Agroteknologi pula disampaikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azma Yusuf, yang memperkenalkan Program Pra Diploma dan Program Diploma serta syarat kemasukannya kepada para Pengetua dan Guru Besar untuk disebarkan kepada calon pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2025.
Menurut Pengerusi Program, Dr. Mohammad Feizal Daud, program ini berjaya menyebarkan maklumat mengenai Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Jasin kepada masyarakat setempat dengan lebih meluas, sekaligus memantapkan lagi Agenda Transformasi Dan Pemerkasaan Agroteknologi @ Komuniti di Daerah Jasin, Melaka.
Penulis: Dr. Mohammad Feizal Daud dan Dr Pathimah Abdol Latif