Program “CalcMastery 2.0” Bantu Pemahaman Pelajar Kuasai Pre-Kalkulus

Pahang, 17 Mac 2025 – Program “CalcMastery 2.0” anjuran  Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA(UiTM), Cawangan Pahang, Kampus Raub diadakan pada 10 dan 17 Januari 2025 bertempat di UiTM Cawangan Pahang, Kampus. Program ini dijalankan selama dua jam bagi setiap sesi dan disertai oleh  75 pelajar semester 1 Diploma Sains Komputer yang mendaftar kursus Pre-Kalkulus (MAT133) bagi sesi Oktober 2024.

Pengarah program, Puan Rozeleenda Abdul Rahman, berkata bahawa program ini bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar yang mengulang MAT133 dan gagal dalam ujian MAT133 terhadap topik-topik yang dipilih. Menurut beliau, kadar kegagalan yang tinggi dalam ujian sebelum ini dikhuatiri memberi kesan terhadap keputusan keseluruhan bagi kursus tersebut oleh itu program ini diharap dapat membantu pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk latih tubi bersama  pensyarah yang  mengajar kod MAT133 serta fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester tiga. Beberapa topik penting telah dipilih untuk  dibincangkan di samping pelbagai teknik menjawab soalan turut dikongsikan.

Kerjasama yang baik daripada para pelajar menunjukkan bahawa program ini amat diperlukan sebagai bimbingan tambahan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman pelajar, malah turut memberi motivasi kepada mereka dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu pelajar yang menghadapi kesukaran dalam kursus Matematik.

Azimah Suparlan, Noor Halimatus Sa’diah Ismail, Fairuz Shohaimay, dan Rozeleenda Abdul Rahman.