UiTM Perak Anjur Sesi Pengajaran Kolaboratif Perundangan Perancangan Bandar

SERI ISKANDAR, 24 Januari 2025 – UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, telah menganjurkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara kolaboratif mengenai perundangan perancangan bandar pada 23 Januari 2025.

Sesi yang diadakan di Annex 2, AP2218 ini melibatkan pelajar kursus TPR253 (Planning Law & Procedure) dari Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Kolej Alam Bina.

Gs. Dr Mohd Sabri Mohd Arip, bekas kakitangan PlanMalaysia Negeri Perak dan pensyarah kanan UiTM Perak, berkongsi pengalaman mengenai akta-akta yang berkaitan dengan perancangan bandar.

“Antara akta yang dibincangkan termasuk Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Pengambilan Tanah 1960, dan Akta Warisan Kebangsaan 2005,” kata wakil penganjur.

Sesi bertajuk “Other Legislations Related to Planning” ini dihadiri oleh pelajar CFAP11104 dan mendapat sambutan positif.

“Pelbagai soalan telah dikemukakan kepada penceramah dan mendapat pencerahan semasa sesi soal jawab,” tambah wakil penganjur.

Sesi yang berlangsung selama dua jam ini memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah, serta memberi pendedahan tentang perundangan yang berkaitan dengan kerjaya perancangan bandar.