JENGKA, 26 Februari 2025 – Pejabat Rektor dan Unit Pengurusan Ladang dengan kerjasama Unit Latihan Pejabat Pentadbiran UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan program “Walk to the Top: Ayuh Jom Sihat” pada 25 Februari 2025.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan warga UiTM Pahang dan menggalakkan aktiviti sihat, selaras dengan seruan Amanat Naib Canselor UiTM untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat.
“Program ini juga bertujuan meningkatkan sikap kebersamaan antara warga demi meningkatkan produktiviti kerja UiTM Pahang,” kata wakil penganjur.
Program ini dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri yang diketuai oleh Rektor UiTM Pahang dan 80 peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk “Brisk Walking” di sekitar kampus dan ladang, mendaki bukit, dan menanam anak pokok kelapa sawit.
“Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada warga UiTM Pahang untuk beriadah di kawasan ladang UiTM Pahang, yang berpotensi dijadikan trek kesihatan dan tempat beriadah,” tambah wakil penganjur.
Penganjur berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dan berjanji untuk menganjurkan lebih banyak program bermanfaat di masa hadapan.