Pahang, 25 Februari 2025 – Pelajar semester 4 program Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Pahang telah menjalankan tugasan praktikal bagi kursus ‘Hydraulics’ pada 17 Januari 2025. Dalam tugasan ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mengukur saiz saluran terbuka di sekitar kampus yang mengalirkan air. Mereka diminta untuk mengukur kedalaman air dan halaju aliran menggunakan objek terapung.
Tugasan ini bertujuan untuk membandingkan kadar aliran yang dikira dari eksperimen dengan nilai teori yang dipelajari dalam kelas. Pelajar juga diberi ruang untuk memberi justifikasi jika terdapat perbezaan antara kedua-dua nilai tersebut. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat memahami teori dengan lebih baik melalui pengalaman praktikal.
Selain memberi pendedahan tentang dunia kerja sebenar, tugasan berkumpulan ini juga mengasah kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan, yang sangat penting dalam alam pekerjaan kelak. Aktiviti ini juga memberi sumbangan besar kepada pendidikan berkualiti, selaras dengan matlamat SDG 4, dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta membantu pelajar mempersiapkan diri untuk cabaran masa depan.
Penulis Bersama : Ts. Ahmad Amzari bin Yaccob