MELAKA, 17 Februari 2025 – Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam, telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik tahunan di Grandswiss Belhotel, Melaka dari 14 hingga 16 Januari 2025.
Bengkel ini bertujuan merancang rangka kerja untuk mencapai Petunjuk Prestasi (PI) yang ditetapkan bagi APB. Seramai 40 peserta, termasuk Dekan APB, Prof. Ts. Dr. Janudin Sardi, dan ahli jawatankuasa terlibat, menyertai bengkel tersebut.
“Bengkel ini merupakan platform untuk berinteraksi, berkongsi maklumat, dan merancang penyelesaian terhadap isu-isu dalam mencapai KPI-PI,” kata wakil penganjur.
Bengkel selama tiga hari ini dimulakan dengan pembentangan pencapaian KPI-PI 2024 dan pemetaan rancangan 2025 oleh Dekan APB.
“Peserta turut merangka langkah-langkah konkrit untuk melaksanakan strategi yang dipilih, bagi membentuk hala tuju yang jelas dan merealisasikan Pelan Strategik UiTM 2025,” tambah wakil penganjur.
Semua kumpulan teras membentangkan hasil perbincangan yang akan dilaksanakan pada 2025. Bengkel berakhir pada 16 Januari 2025.
“Maklumat yang diperoleh dari bengkel ini diharapkan dapat dimanfaatkan dan menjadi pendorong kejayaan APB pada masa akan datang,” kata wakil penganjur.
Disediakan oleh: Norita Harijaman