Bengkel Penyediaan SAP & Pengagihan PI 2025 di UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 6 Februari 2025 –UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Strategic Action Plan (SAP) & Pengagihan Performance Index (PI) 2025 Penyelaras Strategik Universiti, Unit Perancangan Strategik dan Transformasi Universiti, UiTM Cawangan Sabah.   Bengkel yang telah dihadiri oleh Ketua Bahagian, Direktor dan Pengurus Projek yang terlibat dalam pencapaian PI universiti.

Pejabat Transformasi Universiti telah mengadakan taklimat kepada semua penyelaras dan mewajibkan setiap kampus cawangan untuk mendaftarkan Pelan Tindakan Strategik 2025 (SAP2025) di dalam sistem UiSMS pada minggu terakhir bulan Februari 2025.    Sebagai langkah awal untuk proses pendaftaran ini, setiap PTJ, Pengarah Projek serta ahli-ahli yang terlibat perlu membuat perancangan secara kolektif dan jitu dalam menghasilkan pelan tindakan berimpak tinggi.  Prof. Madya Dr Alice Wong Su Chu menyatakan bahawa persediaan awal merupakan langkah strategik bagi memastikan PI kampus dapat dicapai mengikut tempoh yang telah ditetapkan..

Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed memulakan bengkel dengan ucapan pembukaan yang bersemangat dan memberi motivasi kepada Warga UiTM Cawangan Sabah untuk melihat hala tuju UiTM Cawangan Sabah dan bersama sama berganding bahu menggembleng usaha bagi memastikan Globally Renowned University, Locally Rooted (GRULR2025)  itu dapat di capai mengikut acuan kita sendiri.  Fokus kepada tiga Strategic Thrust iaitu Quality EducationGlobal Excellence & Value Driven Performance yang menjadi tonggak kepada pencapaian universiti amat penting untuk dihayati dan dilaksanakan agar GRULR2025 dapat dicapai.