Hot Chocolate Research Talk Siri 1/2025: Memperluas Jaringan Penyelidikan Antarabangsa Bersama ASEA-UNINET

Puncak Alam, 3 Februari 2025 – Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan program “Hot Chocolate Research Talk” Siri 1/2025 – “Advancing Impactful Research: Unleashing Opportunities with ASEA-UNINET Grant Recipients” dalam usaha mewujudkan platform untuk pertukaran ilmu dan kerjasama di peringkat antarabangsa. Program telah menyaksikan perkongsian ilmu oleh Profesor Dr. Alexander Truppdari dan Professor Dr. Tabea Bork-Hüffer dari University of Innsbruck, Austria.

Ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, mewakili Rektor. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Mohd Hafiz Mohd Hanafiah,Timbalan Rektor Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE), ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Dekan Kolej Pengajian, Timbalan Dekan, dan penyelidik serta pelajar UiTM. Program ini bermatlamat menggalakkan pengantarabangsaan pendidikan dan kerjasama penyelidikan yang berterusan melalui Rangkaian UniversitiAkademik ASEAN-Eropah (ASEA-UNINET).

Dua topik menarik telah dikupas oleh panel jemputan, iaitu “Writing and Publication Tips from a Q1 Journal Editor-In-Chief’s perspective” oleh Profesor Dr. Alexander Trupp manakala topik “Innovative Mixed and Multi-methods Design for Researching The Entanglements of Social, Digital and Material Everyday Spaces” telah disampaikan oleh Profesor Dr. Tabea Bork-Hüffer. Kedua-dua panel juga merupakan pemegang geran ASEA-UNINET yang turut melibatkan penyelidik dari UiTM dan UKM.

Pihak UCS berharap agar UCS dan ASEA-UNINET mampu mewujudkan rangkaian yang membawa kepada kolaborasi saintifik jangka panjang yang dapat berkembang selama bertahun-tahun dimana para penyelidik bukan sahaja dapat bekerjasama tetapi juga membentuk jalinan persahabatan, selain peluang untuk pengajian PhD dan Pasca Kedoktoran melalui biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dan penyelidik UiTM.

 

Penulis: Qamarul Anuar Mohamad & Unit Komunikasi Korporat UCS
Editor: Nor Azyyati Md Saad