Program “FITNESS FRENZY 2.0” Satukan Pensyarah dan Pelajar UiTM Raub

RAUB, 19 Januari 2025 – MARA Youth Technology Computer Club (MYTECC) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub berjaya menganjurkan program “FITNESS FRENZY 2.0” yang menyatukan pensyarah dan pelajar dalam aktiviti sukan. Program ini diadakan pada 18 Januari 2025 di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, dan gelanggang bola keranjang UiTM Kampus Raub.

Program yang selaras dengan SDG 3 ini bertujuan mempromosikan kesejahteraan jasmani dan mental serta mengurangkan tekanan akademik. Seramai 100 peserta dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) menyertai pertandingan bola sepak, bola tampar, dan bola beracun.

“Aktiviti sukan ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan disiplin,” kata penganjur program.

Program diakhiri dengan majlis penutupan, penyampaian hadiah, dan ucapan daripada Ketua Pusat Pengajian KPPIM, Dr. Juhaida Binti Ismail, dan Penasihat 1 MYTECC, Encik Mohd Azim Bin Zainal.

Peserta memberikan maklum balas positif, menyatakan program ini membantu mengurangkan tekanan akademik dan menyegarkan fikiran. MYTECC berharap program ini dapat diteruskan untuk memupuk budaya hidup sihat di kalangan mahasiswa UiTM.