Pelajar Pemulihan Carakerja Anjurkan “Explorace Games Program” untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

6 Januari 2025 – Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Carakerja (Separuh Masa) telah mengadakan aktiviti “Explorace Games Program” diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dirasmikan oleh Encik Muhammad Ajmal Nabeel Akram Bin Abdul Rahman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Langat, Selangor.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 15 kanak-kanak berkeperluan khas dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Canggang, Banting, beserta 4 penyelia PPDK Bukit Canggang dan ibu bapa serta penjaga pelatih sebagai tanda sokongan terhadap program ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan yang dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. Selain itu, program ini menggalakkan peserta untuk menyumbang masa dan kemahiran dalam projek komuniti, sekaligus membentuk kemahiran kepimpinan dan advokasi yang kukuh.

Melalui program ini, ahli juga berpeluang terlibat dalam proses membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran pengurusan organisasi melalui penglibatan aktif dalam komuniti. Program ini membuka ruang kepada pelajar untuk membina hubungan positif dan bekerjasama dengan wakil dari pelbagai agensi demi mewujudkan kerjasama yang lebih berkesan.