UiTM Perkasa Kemahiran Pelajar dalam Penulisan Artikel Berimpak

SHAH ALAM, 14 Disember 2024 – Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik, dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menganjurkan program Bengkel Penulisan Kreatif. Bengkel yang telah berlangsung di Bilik Seminar 1, Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah dihadiri lebih 30 wakil-wakil persatuan KPPIM kampus UiTM Shah Alam serta  UiTM Kampus Puncak Perdana. 

Pengisian bengkel in adalah berteraskan penghasilan penulisan kreatif dan telah disampaikan oleh Encik Abdul Hamid Saifuddin, Pensyarah Kanan, Jabatan Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Turut hadir ke program adalah Encik Jafalizan Md Jali, Koordinator Ketampakan dan Kelestarian dan Penasihat Program, serta Puan Kasmarini Baharuddin, Penasihat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

Antara intipati program adalah mendedahkan cara penulisan kreatif bagi artikel yang ingin dihasilkan oleh sesebuah persatuan pelajar untuk dihantar atau dimuatnaik ke dalam pelbagai platform media. Peserta turut didedahkan dengan tips berhadapan dengan wartawan. Bengkel ini secara keseluruhan telah memperkasakan pelajar akan cara penghasilan penulisan yang jelas, mudah difahami dan lengkap bagi sesuatu artikel.

Penulis: Harith Ismail Moktar, Jafalizan Md. Jali, Kasmarini Baharuddin 

(Editor: KPPIM News Team)