Karnival Pendidikan, Keusahawanan dan Kerjaya 2024: Inisiatif UiTM Dengan Kerjasama Yayasan Undang Johol Memperkasakan Pendidikan dan Ekonomi Luar Bandar

26 Oktober & 27 Oktober 2024 – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dengan kerjasama Yayasan Undang Johol, Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas dan PERKESO Negeri Sembilan telah berjaya menjadi penganjur bersama untuk “Karnival Pendidikan, Keusahawanan dan Kerjaya 2024”.  Karnival ini telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan Besar Gemas, Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas.

Pelbagai Program dan aktiviti yang telah dijalankan didalam Karnival ini antaranya karnival jualan, pameran agensi keusahawanan, temuduga kerjaya, dan Pameran Pendidikan oleh Universiti pelajar universiti serta kursus keusahawanan- Bengkel pemasaran Tik Tok kepada usahawan mikro.Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan pakaian tradisional oleh Kanak-kanak, Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Negeri Sembilan serta Pameran Mini zoo juga adalah tarikan karnival ini.

Lima (5) Objektif Objektif karnival ini adalah seperti berikut:

1) Menarik minat pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pembelajaran atau program yang ditawarkan oleh Unviersiti atau Kolej yang bertaraf IPTA atau IPTS sama ada millik kerajaan, agensi kerajaan atau swasta- Misi Akademik UiTM

2) Membantu mencapai KPI ICAN dibawah PJIA&M Melaksanakan program berbentuk “Community Engagement” bersama Yayasan Undang Johol

3) Menyokong matlamat Pembangunan Lestari  iaitu (SDGs) Lestari 4: Pendidikan berkualiti dan (SDGs) Lestari 8: Pekerjaan yang sesuai dan Pembangunan ekonomi

4) Membina hubungan baik UiTM dan meningkatkan nama baik UiTM bersama komuniti dan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan serta menyokong aspirasi UiTM “Globally Respected, Locally Rooted dengan menyumbang ilmu dan kepakaran

5) Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pensyarah dan para pelajar UiTM Khususnya pelajar FPP dalam berkongsi ilmu dan kepakaran bersama komuniti luar

Pihak Fakulti amat berpuas hati dengan perlaksaan Karnival Pendidikan, Keusahawanan dan Kerjaya ini yang memberi impak positif kepada para usahawan yang terlibat, golongan remaja yang mencari peluang pendidikan serta para belia yang mencari peluang pekerjaan demi meneruskan dan meningkatkan kualiti ekonomi keluarga dan sekaligus membangunkan kualiti hidup dan ekonomi Masayarakat di luar bandar.

Masrul Hayati Binti Kamarulzaman, Nurain Farahana Zainal Abidin dan Dr. Asiah Ali