Kunjungan Hormat ke Universitas Negeri Malang (UM)

15 November 2024 – Satu sesi kunjungan ke Universitas Negeri Malang (UM) telah diadakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan diiringi oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Kunjungan ini bertujuan membangunkan kolaborasi dan membina peluang kerjasama penyelidikan, serta meningkatkan perkembangan bakat dan potensi pelajar dan staf.

Sesi kunjungan telah disambut mesra oleh wakil Rektor Bidang III Universitas Negeri Malang, Profesor Dr Ahmad Munjin Nasih, dekan-dekan Fakultas serta para dorsen. Semoga kunjungan ini membawa kejayaan dan manfaat kerjasama antara kedua-dua institusi.

Dalam pada itu, diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan UM. Kedua-dua pihak yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan impak positif yang signifikan, bukan sahaja kepada warga kampus tetapi juga kepada komuniti pendidikan di peringkat serantau.