Seminar ICT UCS – Memperkasakan Perubahan Melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024

22 Oktober 2024 – Buat julung kalinya, Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Seminar ICT yang bertujuan memperkasakan perubahan melalui transformasi tadbir urus dan operasi ICT. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Hajah Sariani Sarijo, Pengarah Pengurusan ICT, Jabatan Digital UiTM  mewakili YBrs. Profesor Ir Ts Dr Juliana Johari, menjalankan tugas, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM.

Seminar turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan iaitu YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan YBrs. Puan Alfina Bakar  (K.M.N, CHRM) Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UCS. Sebanyak empat sesi perkongsian dan satu forum telah  berlangsung sepanjang seminar yang melibatkan 64 orang peserta daripada kalangan staf ICT di kampus UiTM Cawangan Selangor serta fakulti dan kolej pengajian.

Seminar ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknologi terkini serta amalan terbaik dalam pengurusan ICT. Melalui perkongsian ilmu yang diperolehi, staf ICT UiTM berpeluang mengaplikasikan kaedah dan pendekatan baru dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan universiti. Program ini diharapkan dapat memberi impak positif terhadap kualiti pengurusan ICT UiTM, selaras dengan matlamat universiti untuk memperkasakan perkhidmatan digitalnya.