Bengkel Seni Peringkat Antarabangsa di Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung, Indonesia.

Bandung, 11 September 2024 – Jabatan Seni Halus & Art Trivium, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak sekali lagi mencipta sejarah di mana seramai 7 orang pensyarahnya telah diberikan penghormatan untuk mengajar di Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung dalam mata pelajaran Seni Arca, Seni Cetakan, Catan dan juga Kritikan Seni. Antara pensyarah yang dijemput untuk memberikan syarahan dalam bengkel tersebut ialah Dr. Khayril Anwar Khairudin, Dr. Aznan Omar, En. Mohammad Hafiz Yahaya, En. Muhammad Salehuddin Zakaria, Pn Siti Humaini Said Ahmad, Cik Rosmidahanim Razali dan Cik Florene Ejot Masanat.

Bengkel yang dianjurkan oleh ISBI Bandung ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajarnya tentang subjek seni yang dipelajari di samping membolehkan pelajar mereka mempelajari sesuatu yang baharu melaui perkongsian ilmu oleh pensyarah dari negara lain. Melalui bengkel yang dianjurkan ini bukan sahaja dapat memperkayakan kemahiran seni pelajar tetapi juga dapat membina jaringan sosio serta budaya yang kukuh antara kedua institusi pengajian dari Malaysia dan juga Indonesia.

Di samping itu, pendedahan yang diterima oleh setiap pensyarah ini juga dilihat dapat meningkatkan lagi tahap motivasi mereka dalam bidang masing-masing dan pengalaman tersebut dapat dikongsikan dengan pelajar-pelajar di UiTM kelak.

Dengan kejayaan bengkel ini diharap ianya dapat diteruskan lagi pada masa hadapan di mana ianya dilihat dapat dijadikan sebagai inisiatif tahunan dalam meningkatkan kerjasama seni di antara dua negara.

Disediakan oleh: Dr. Khayril Anwar Khairudin, Dr. Aznan Omar, Dr. Ermi Syahira, En. Mohammad Hafiz Yahaya, En. Muhammad Salehuddin Zakaria, Pn Siti Humaini Said Ahmad, Cik Rosmidahanim Razali dan Cik Florene Ejot Masanat