Webinar Tips And Guidelines For Article Writing In QS-GEN & UiTM News Hub (Siri 3) UiTM Cawangan Pahang

Jengka, 31 Mei 2024 – Satu sesi perkongsian bertajuk Ceramah “Tips And Guidelines For Article Writing In QS-GEN & UiTM News Hub” telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) Kampus Jengka yang merupakan siri ketiga telah diadakan  secara atas talian melalui Google Meet. Program ini merupakan program tahunan di bawah Ranking Champion (RC) UCPh.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesedaran para pensyarah tentang kepentingan menulis artikel walaupun bukan dalam kategori penerbitan berindeks. Hal ini berikutan penulisan artikel yang diterbitkan dalam QS-GEN dan UiTM News Hub akan dikira sebagai lain-lain penerbitan dalam indikator penilaian MyRA. QS-Gen dan UiTM NewsHub merupakan wadah yang harus digunakan sepenuhnya oleh semua pensyarah bagi menyebarkan maklumat penyelidikan, aktiviti, program dan lain-lain.

PJI UCPh telah menjemput Cik Nurulatika Minhad, pensyarah daripada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UCPh sebagai penceramah program yang juga merupakan AJK RC UCPh. Penyelaras bagi RC UCPh ialah Dr Azianty Saroni bersama Puan Nurul Jannah Ghulamuddin sebagai AJK dan Pengarah Program bagi ceramah pada kali ini. Program ini telah melibatkan seramai 65 orang peserta dan kesemuanya memberikan respon yang positif dan memberangsangkan.

Beberapa objektif program yang digariskan telah berjaya dicapai. Antaranya adalah untuk  memperkenalkan QS-GEN dan UiTM News Hub sebagai salah satu medium penerbitan artikel kepada pensyarah. Selain itu, program ini juga dapat membimbing pensyarah untuk menerbitkan lain-lain penerbitan melalui penulisan artikel berkualiti menerusi QS-GEN dan UiTM News Hub. Program ini turut memberi tips dan panduan kepada pensyarah untuk menghantar penulisan artikel di QS-GEN dan UiTM News Hub.

Penganjuran program ini telah memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Melalui program ini juga, SDG nombor 4 iaitu Quality Education telah berjaya dicapai. Diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah terutamanya kepada pensyarah baru bagi mengenali kedua-dua platform penulisan ini.

Penulis : NURULATIKA BINTI MINHAD, DR AZIANTY SARONI, NURUL JANNAH AHMAD GHULAMUDDIN, SYARIFAH NUR FARHANI SYED MOHD KHOMSAH, NIK MUHAMMAD FARHAN HAKIM NIK BADRUL ALAM