JENGKA, 26 Jun 2024 – Seramai 10 orang pensyarah deligasi dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berkunjung ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka untuk lawatan kerja dan perbincangan mengenai Program WoodArt2025. Objektif utama program ini adalah untuk menuruskan kerjasama yang lebih erat dari aspek perlaksanaan program, kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan menyertai pertandingan inovasi yang melibatkan seni perkayuan. Selain itu, objektif program ini diadakan juga adalah untuk berkongsi kemahiran dan kepakaran di antara beberapa bidang yang berbeza supaya dapat disatukan dalam menghasilkan program dan penyelidikan berimpak tinggi. Melalui jalinan kerjasama ini, produk-produk bernilai komersial dan berdaya saing dapat dihasilkan.
Pada program WoodArt2025 ini, pelbagai institusi Pendidikan dan industry akan berkerjasama dalam pelbagai program yang akan dilaksanakan bermula Oktober 2024 hingga September 2025. Antara rakan kerjasama yang akan terlibat adalah UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, Universitas Sebelas Maret (UNS), Universitas Kristean Petra, dan dari industry adalah Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (Tanggam), dan Gloya Craft, Bandung Indonesia.
Melalui perbincangan yang dijalankan, program ini akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dari aspek menganjuran program kolabrasi di antara cawangan bertaraf antarabangsa. Program ini juga secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Setiap pelajar terlibat akan memperolehi nilai tambah yang baik dalam kerja secara berkumpulan dan memperolehi pengalaman dari bidang yang berbeza sebagai nilai tambahan selepas bergraduan. Selain itu, program ini juga dilihat mampu memberi sumbangan kepada industri seni reka dan industri perkayuan negara khususnya UiTM, dan mampu menarik minat pemain-pemain industri untuk terus berkerjasama dengan UiTM. Program ini juga dilihat mampu membuka peluang-peluang perkerjaan di dalam bidang terutama graduan dari UiTM sendiri.