Kunjungan Hormat dan Majlis Tandatangan Surat Sijil Jaringan Kolaborasi di antara Pengajian Kejuruteraan Awam dan Sekolah Kebangsaan LKTP Kampong Awah, Temerloh.

Temerloh, 9 Mei 2024 – Pengajian Kejuruteraan Awam ( PKA ) UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan hormat oleh Puan Maziah binti Mohd Sapar, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Kampong Awah ( SKKA ), Temerloh yang hadir pada 9 Mei 2024 .

Puan Guru Besar Maziah hadir bersama dengan Cikgu Fatin Kamilah bt Taufiq dan Cikgu Nur Afiqah binti Ezani. Delegasi ini disambut mesra oleh Ts. Dr. Rohaya Alias, Ketua Pusat Pengajian PKA dan para Pensyarah PKA yang turut serta.

Pelbagai perkara dibincangkan terutamanya berkenaan tentang kerjasama dalam menggalakkan Program STEM untuk murid-murid SKKA ini. Beberapa program lain juga dirancangkan seperti program perkhemahan badan beruniform,  program kepimpinan dan beberapa program perkongsian kepakaran di antara PKA dan SKKA.

Di akhir kunjungan ini, satu majlis menandatangani Sijil Jaringan Kolaborasi telah ditandatangani oleh Ts. Dr. Rohaya dan Puan Maziah. Dan sesi lawatan ke sekitar PKA juga dilakukan yang diketuai oleh En Mohd Risham. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah :

  1. En Mohd Risham Jaafar , Ketua Biro USR PKA dan Felo IMPAK UCPh
  2. En Muhammad Mohktar Samat , Ketua Biro Korporat PKA
  3. Ts Zulhafizal Othman , Ketua Biro Penjanaan PKA

Terima kasih kepada YBrs. Puan Maziah dan SK LKTP Kampong Awah atas kesudian hadir dan menjalinkan kolaborasi bersama kami. PKA dan SKKA akan terus berkejasama di masa akan datang.