8 Disember 2023- Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menerima kunjungan dari Direktorat Riset dan Pengabdian Kepada Masyarakat (Directorate of Research and Community Services), Universitas Negeri Yogyakarta (DRCS UNY) untuk mempelajari dan bertukar pendapat berkenaan proses Kelulusan Etika Penyelidikan di UiTM, di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama dulu hala terutama dalam hal pengurusan dan penyelidikan.
Kunjungan itu merupakan salah satu usaha UNY dalam meningkatkan jaringan antarabangsa dengan universiti-universiti di negara ASEAN. Rombongan UNY diketuai Profesor Dr. Samsul Hadi, M.Pd., MT., Pengarah Direktorat Riset dan Pengabdian Kepada Masyarakat (DRCS UNY); Profesor Dr. Endang Rini Sukamti, M.S., Ketua Komisi Etik (Ethics Commission); Retna Hidayah, M.T., Ph.D., Penolong Ketua Komisi Etik (Ethics Commission); dan Ganda Sukmara, M.Pd., Ketua Kasubdit Etik, Kekayaan Intelektual, dan Hilirisasi (Head of Sub-Directorate for Ethics, Intellectual Property and Research Downstream).
Kunjungan UNY disambut oleh wakil-wakil Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Shahrul Yani Said, Timbalan Pengarah (Impak Penyelidikan), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Mesyuarat dimulakan dengan sesi suai kenal dan pembentangan Pejabat TNCPI oleh Profesor Madya Dr. Shahrul Yani Said dan diikuti oleh pembentangan Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JEP) UiTM oleh Dr Amirah Abdul Rahman selaku Setiausaha JEP. Sesi perbincangan banyak menfokus kepada tadbir urus JEP, di samping isu-isu penyelidikan dan komuniti yang dijalankan oleh kedua-dua universiti.
Turut hadir adalah Profesor Madya Dr. Salmi binti Razali, Timbalan Pengerusi I JEP); Profesor Madya Dr. Maria Justine (Timbalan Pengerusi II JEP); Profesor Madya Dr. Mahadir Ladisma @ Awis, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN); Dr. Sukreen Hana Herman, Ketua Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN); Profesor Madya Dr. Zainiharyati Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Energy & Environment), Research Nexus UiTM (ReNeU); Dr. Farizah Mohamed Isa, Timbalan Pengarah Undang-undang & Pengurusan Harta Intelek, Business Innovation and Technology Commercialization (BITCOM); ChM Muhammad Hisyam Jamari (Sekretariat JEP); Cik Nor Syazana Abdullah(Sekretariat JEP); Puan Ainul Fadilah Johari (Sekretariat JEP); dan Encik Zulhilmi Shazhali (Pegawai Penyelidik Sosial, RMC).