16 – 20 Disember 2023 – UiTM Cawangan Terengganu telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM Bersama Timbalan Rektor & Timbalan Dekan PJI (METPI) pada 16 hingga 20 Disember 2023. Seramai 102 orang terlibat pada mesyuarat kali ini termasuk sekretariat.
Istimewanya METPI-12 turut memuatkan program team-building buat pertama kalinya, dengan menggunakan gabungan kepakaran pegawai dan pensyarah UiTM Cawangan Terengganu dan pegawai tentera dari PALAPES UiTM Kampus Dungun. YBhg Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM hadir merasmikan mesyuarat dan turut sama dalam satu sesi khas, bersama Professor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dan warga kerja Penyelidikan & Inovasi seluruh sistem UiTM.