Seramai 27 orang mahasiswa dan seorang pensyarah pengiring dari program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan (HM241), Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan telah berjaya menganjurkan program lawatan akademik yang turut menampilkan program pertukaran ilmu dan silang budaya diantara mahasiswa UiTM, Kampus Puncak Alam bersama rakan MOU Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan iaitu Universiti Dongguk Gyeongju, Korea Selatan.
Lawatan akademik yang bermula dari 11hb Oktober hingga 15hb Oktober 2023 ini adalah bertujuan untuk melengkapkan tugasan akademik bagi kursus HTT680 iaitu Sustainable Tourism Management yang juga merupakan diantara kursus yang dipilih bagi pelaksanaan Service-Learning Malaysia – University for Society (SULAM). Aktiviti pertukaran ilmu (Knowledge Transfer) dan silang budaya diantara mahasiswa telah berlangsung di College of Smart City Convergence, Division of Hotel, Tourism and Foodservice Management, Universiti Dongguk.
Diantara tempat bersejarah yang telah dilawati oleh mahasiswa dari kedua-dua universiti ini adalah kunjungan ke Woljeong Bridge, Gyeongbukgong Palace dan menghadiri Silla Cultural Festival. Disamping memenuhi keperluan kursus, mahasiswa berpeluang melihat sendiri dan menghayati pelbagai peninggalan sejarah di sekitar bandar Gyeongju yang berstatus UNESCO World Heritage Site.
#FPHP
#FHTM
#fakultipengurusanhoteldanpelancongan
#SULAM
#sustainabletourismmanagement