ARAU, 27 September 2023 – Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan satu perbincangan ilmiah bersama panel industri, Sr Haji Mohd Hanifa K Abd Hamid. Beliau merupakan Pengarah Global Survey Consultant Sdn Bhd dan juga Presiden PEJUTA.
Aturcara perbincangan selama tiga jam ini terdiri daripada sesi dialog bersama pelajar dan pensyarah selain perbincangan serta maklumbalas terhadap kurikulum dan isu-isu terkini serta pelaksanaan bidang ukur di industri. Beliau turut diterangkan tentang Stor Alat Ukur dan Makmal SUG bagi proses PdP semasa pengajian berlangsung.
Pihak KAB, UiTM Cawangan Perlis amat berterima kasih dan berbesar hati menerima segala pandangan dan maklumbalas beliau dalam usaha memacu hala tuju dan kepentingan strategik kerjasama antara Universiti dan Industri, selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi serta perundingan.
Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA