Pengajaran Kolaboratif adalah antara kaedah pengajaran di Abad 21 yang bertujuan untuk memudahkan cara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Ia merujuk kepada inisiatif pengajaran yang melibatkan beberapa orang tenaga pengajar dalam kalangan pensyarah dan rakan industri dari pelbagai bidang kepakaran. Tiga aspek utama dalam melaksanakan pengajaran kolaboratif termasuk kolaborasi sama ada dalam pembangunan kandungan, penyampaian, atau penilaian.
Sejajar dengan itu, siri webinar Pengajaran Kolaboratif bersama Industri bagi subjek Keselamatan Industri (IHS124) program Diploma Teknologi Higien Industri, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi telah dijalankan pada semester Mac-Julai 2023. Pemilihan Model 2 iaitu Kolaborasi Penyampaian telah dipilih berpandukan kepada Kerangka Pengajaran Kolaboratif dan Pelaksanaannya di Universiti Teknologi MARA. Melalui model ini, penceramah dari industri iaitu En. Wan Khairulanwar Rahimi Wan Saffiee, Pegawai Kesihatan dan Keselamatan dari Mesra Galian Sdn Bhd, Kerteh Porth,Terengganu telah dijemput bagi menyampaikan beberapa topik di dalam subjek tersebut.
Program webinar telah dijalankan sebanyak 2 sesi pada 8 Jun 2023 dan 19 Jun 2023 melibatkan 140 orang pelajar bahagian 2 Diploma Teknologi Higien Industri , dimana topik yang dibincangkan adalah Keselamatan Ruang Terkurung(Confined Space) dan Bekerja di Tempat Tinggi (Working at Height). Dengan kerjasama pakar industri yang lebih berpengalaman , program ini dapat menambah baik teknik pengajaran dan pembelajaran sedia ada ke tahap yang lebih tinggi dan seiring dengan perkembangan semasa dalam bidang keselamatan di industri.
Semasa sesi Soal Jawab, pelajar terlibat dengan penceramah industri, mengambil kesempatan daripada peluang untuk mendapatkan pandangan dan pengetahuan berharga daripada pakar berpengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat.
Kesimpulannya, Inisiatif Pengajaran Kolaboratif dengan Industri di UiTM bersedia untuk membawa manfaat kepada pelajar, menawarkan mereka peluang untuk belajar daripada profesional berpengalaman dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang teknologi maklumat. Inisiatif ini adalah satu langkah ke arah yang betul untuk UiTM dan sistem pengajian tinggi Malaysia secara keseluruhan, kerana ia menunjukkan komitmen kepada pelajar dengan pengalaman pembelajaran bermakna yang terbaik.
Kesimpulannya, inisiatif Pengajaran Kolaboratif dengan Industri di UiTM dijangka memberi kelebihan kepada pelajar dengan memberi mereka peluang untuk memperoleh pengetahuan daripada profesional berpengalaman dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang Higien Industri. Usaha ini menandakan kemajuan positif bagi UiTM dan sistem pendidikan tinggi Malaysia yang lebih luas, kerana ia mempamerkan komitmen untuk menyediakan pelajar dengan pembelajaran yang optimum dan signifikan.