SHAH ALAM, 20 Julai 2023 – Akademi Pengajian Bahasa (APB) buat pertama kalinya menerima kunjungan delegasi akademik dari University of Applied Sciences, Nysa, Poland yang diwakili oleh Encik Sebastian Zatylny.
Program ini merupakan sesi perkongsian bersama ahli akademik University of Applied Sciences, Nysa, Poland untuk berbincang dan meneroka peluang-peluang kolaborasi pengajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai bersama oleh kedua-dua pihak.
Encik Sebastian dalam syarahannya yang bertajuk Navigating the Educational Spectrum: Traditional and Post-Modern Education turut perhalusi peluang-peluang kolaborasi penyelidikan, penerbitan dan pengajaran. Selain itu, perkongsian best practices turut dibincangkan untuk menginovasikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Delegasi akademik ini dilihat kekal relevan dengan usaha APB dan UiTM untuk memperkuatkan lagi peluang kolaborasi dengan rakan-rakan antarabangsa melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama (MoA).